Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancong dijangka bertambah di Keningau

Musa Aman (tengah) bergambar kenangan bersama penduduk kampung.
Musa Aman (tengah) bergambar kenangan bersama penduduk kampung.

KENINGAU – Lebih ramai pelancong dijangka berkunjung ke daerah ini dengan adaya kemudahan asas lebih baik seperti pembinaan Jambatan Bandukan yang siap sepenuhnya pada tahun lalu.

Pegawai Daerah, Yusop Osman berkata, Sungai Bayayo kini semakin mendapat perhatian daripada pengunjung luar dan berpotensi sebagai pusat tarikan pelancongan ke negeri ini khususnya di Keningau.

“Setiap hari ramai orang datang untuk berehat dan bercuti. Kawasan rekreasi dibangunkan dengan kos sebanyak RM3 juta iaitu peruntukan daripada Majlis Daerah Keningau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Jambatan Bandukan, oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di sini hari ini.

Sebahagina pengunjung berehat sambil menikmati keindahan Sungai Bayayo.
Sebahagina pengunjung berehat sambil menikmati keindahan Sungai Bayayo.

Hadir sama, Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin.

Jambatan sepanjang 82 meter itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu dengan kos pembinaan sebanyak RM8.161 juta dibiayai oleh kerajaan negeri. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan