Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong dari China lemas di Pulau Sapi

2:26pm 18/02/2016 Leolerry Lajius 1087 views Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang pelancong warganegara China maut kerana lemas ketika mandi di Pantai Pulau Sapi dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.40 petang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, menurut pengadu kejadian, iaitu seorang Pengawal Pantai Taman-taman Sabah, pengadu telah terdengar orang menjerit meminta pertolongan dan telah pergi ke Pantai Pulau Sapi untuk memberi pertolongan dan bantuan.

“Setibanya pengadu di tempat kejadian didapati seorang  mangsa dalam keadaan lemas dipercayai telah lemas di dalam air Laut Pulau Sapi semasa sedang mandi di pantai tersebut,”katanya.

Mangsa dipercayai lemas kerana tidak memakai jaket keselamatan terlebih dahulu sebelum turun ke laut seperti yg ditaklimatkan oleh Pihak Taman-taman Sabah kepada semua pelancong.

Mangsa telah dibawa ke jeti Marina Sutera Harbour dan sampai pada jam 3.05 petang dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth  menggunakan ambulans Hospital namun pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 4.30 petang.

Menurut Chandra, siasatan awal mendapati, mangsa telah datang ke Sabah pada 16 Februari lalu bersama isteri dan seorang anak mereka dengan mengikut rombongan agen pelancongan Sabah untuk melancong dan akan pulang semula pada 20 Februari.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak  menjumpai sebarang petunjuk berunsurkan khianat dan jenayah.  Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan dengan segera di Jabatan Patologys Hospital Queen Elizebath,” katanya.

Pengawal Pantai Taman-taman Sabah menyatakan mangsa berada di lingkungan jarak lebih kurang 100 Meter dari pantai ketika lemas.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan