Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong China didenda dan dipenjara memilik lima butir kelonsong peluru

7:14pm 18/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 60 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pelancong warganegara China dihukum penjara selama tiga hari dan denda sebanyak RM 6,500 atau 11 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini, atas kesalahan memiliki lima butir kelongsong peluru tanpa lesen yang sah.

Tertuduh, Han Yu, 21 yang hadir di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus telah melakukan kesalahan tersebut di Balai Pelepasan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam lebih kurang 12.45 p.m. pada 14 Februari lalu.

Han dihukum dibawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000, atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, tertuduh memasukkan beg berwarna hitam jenama ‘Cat’ milik tertuduh untuk diimbas di dalam mesin pengimbas, dan semsa proses imbasan di lakukan polis yang bertugas mendapati terdapat objek menyerupai peluru.

Semasa pemeriksaan, polis yang bertugas mendapati terdapat lima butir kelonsong peluru disimpan di dalam beg tersebut dan bertindak menahan tertuduh dan kemudiannya membawa tertuduh ke balai polis KKIA 1.

Dalam mitigasi, tetuduh yang diwakili peguam berkata bahawa lima butir kelonsong peluru tersebut merupakan simpanan koleksinya untuk dijadikan cendera kenangan semasa berada di Vietnam. Semasa berada di Vietnam selama 16 hari untuk bercuti, tertuduh mengikuti satu permainan perang dan kesemua kelonsong peluru tersebut dikutip dan disimpan melalui permainan tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan