Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong bukan datang untuk melihat bangunan tetapi ingin melihat keindahan semula jadi-Masidi

6:33pm 11/03/2016 Leolerry Lajius 27 views Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi (tengah) dikejutkan dengan aksi spontan burung nuri tersebut yang tiba-tiba terbang ke arah beliau sedangkan petugas zoo yang berada di sampingnya yang sepatutnya harus dituju oleh burung tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (tengah) dikejutkan dengan aksi spontan burung Nuri tersebut yang tiba-tiba terbang ke arah beliau sedangkan petugas zoo yang berada di samping beliau yang sepatutnya harus dituju oleh burung tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

LOK KAWI: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mengemukakan kepada kabinet mengenai langkah drastik untuk mengatasi masalah pembuangan sampah terutama di kawasan perairan yang semakin serius.

Menurut  Datuk Masidi Manjun, langkah tersebut adalah sebagai platfrom untuk membendung masalah pembuangan sampah yang semakin membimbangkan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan pulau yang berdekatan.

“Langkah ini bukanlah mudah tetapi ia memerlukan tindakan yang berani kerana jika kita tidak bertindak, jumlah pelancong yang datang ke negeri kita akan berkurang dan senario ini juga sering dikongsi oleh masyarakat di laman-laman sosial milik mereka,”katanya ketika sempena Sambutan hari hidupan liar sedunia di Taman Hidupan Liar, di sini, pagi tadi.

Masidi juga menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan, satu lagi bangkai penyu ditemui di Pulau Gaya dan sampah adalah antara faktor yang menyebabkan masalah tersebut.

“Antara faktor yang menyebabkan masalah kematian penyu ini adalah sampah yang dibuang di kawasan perairan yang mungkin boleh menyebabkan penyu itu menelan sampah terutama sekali plastik,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hari hidupan liar, beliau berkata bahawa penjagaan terhadap hidupan liar adalah penting kerana bukan sahaja sebagai antara tarikan utama pelancong tetapi juga sebagai warisan kepada generasi yang akan datang.

“Saya berharap pelajar sekolah yang hadir pada hari ini, akan menjadi peneraju kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar kerana pelancong bukan datang ke negeri ini untuk melihat tingginya bangunan yang kita bina tetapi mereka datang untuk melihat alam semula jadi ciptaan tuhan,”katanya.

Pada tahun lalu, jumlah pelancong yang datang melancong ke negeri ini adalah seramai 6.3 bilion.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan