Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancong Britain maut dipijak gajah

9:20am 03/02/2016 Pak Roshan 1041 views Global

gajah

Bangkok: Seorang pelancong Britain maut selepas dipijak seekor gajah yang ditunggangnya di pulau Koh Samui, kata polis, semalam.

Serangan Isnin lalu itu yang terbaru membabitkan gajah yang dijadikan tarikan pelancong di Thailand.

Ketua polis Koh Samui, Paiboon Omark berkata, mangsa, Gareth Crowe, 36, dan anak perempuannya duduk di atas belakang gajah itu sebelum haiwan itu tiba-tiba naik minyak

“Crowe yang memakai kaki palsu tidak dapat melarikan diri ketika haiwan itu menyerang dan memijaknya.

“Anak mangsa dan penjaga gajah itu cedera ringan, tetapi berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, gajah yang dinamakan Golf itu ditembak dengan ubat penenang sebelum berjaya dikawal.

“Kami mengesyaki cuaca panas menyebabkan gajah ini marah dan tidak mendengar arahan penjaganya,” katanya.

Jurucakap kedutaan Britain di Bangkok memberitahu, mereka sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan