Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancong Australia bakal boikot Indonesia?

edar dadah ke indonesia

Sydney: Pelancong Australia mungkin memboikot Indonesia jika Jakarta meneruskan pelaksanaan hukuman mati ke atas dua penyeludup dadah negara itu, kata menteri luar semalam.

Menurut Julie Bishop, Canberra juga tidak menolak kemungkinan menarik balik diplomatnya dari Jakarta sebagai bantahan terhadap pelaksanaan hukuman berkenaan.

Julie yang merayu supaya Jakarta membatalkan hukuman mati ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran di parlimen kelmarin berkata, situasi begitu tegang ketika pihak berkuasa Indonesia membuat persediaan mengenainya.

Sejak Jakarta menegaskan keputusan tidak mengampunkan seseorang pesalah dadah yang dihukum mati, warga Australia dilaporkan bersedih.

Negara itu yang tidak menyokong hukuman mati merayu Chan dan Sukumaran diberi pengampunan.

Kata Julie, jika Chan dan Sukumaran tetap diletakkan di depan muncung senapang penembak tepat, ia akan memberi kesan kepada kedatangan pelancong Australia.

“Rasanya rakyat Australia akan menyatakan bantahan masing-masing, termasuk memutuskan ke mana mereka akan bercuti,” katanya.

Antara lokasi percutian utama pilihan warga Australia di Indonesia ialah Bali. – AFP

Komen


Berita Berkaitan