Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancaran UT Indonesia di Sabah dan Sarawak disambut baik

Moses (kiri),Saree  (tengah), Nurul Afifah (kanan)
Moses (kiri),Saree (tengah), Nurul Afifah (kanan)-foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Tenaga pengajar Indonesia yang berkhidmat di sekolah Indonesia di Sabah menyambut baik pelancaran Universitas Terbuka di Konsul Jeneral Republik Indonesia di sini hari ini.

Moses Tobi Masan, 27, yang berkhidmat di Pusat Pembelajaran Masyarakat (CLC) permodalan TKB Ladang Tas Tawau berkata, beliau amat gembira dengan pelaksanaan universiti terbuka itu kerana memberi peluang kepada guru dari negara republik itu di Sabah untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan.

Katanya, guru Indonesia di Sabah yang melanjutkan pengajian di universiti itu mendapat biasiswa tajaan daripada kerajaan Indonesia secara langsung membantu mengurangkan beban perbelanjaan pengajian mereka.

Bagi Saree Salu, 43, yang mengajar di Pusat Pembelajaran Cinta Mata Kundasang, berkata, melalui universiti terbuka itu guru dapat meningkatkan lebih banyak ilmu pengetahuan berkenaan denagn pendidikan seterusnya para guru itu dapat mengajar murid mereka dengan lebih efektif.

Sementara itu, Nurul Afifah, 32, dari Pusat Pembelajaran Masyarakat Nusabangsa, Masapol Sipitang berkata, pembukaan Universitas Terbuka itu mampu mengurangkan jumlah kanak-kanak Indonesia yang tidak berpendidikan di Sabah.

Katanya, bilangan kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan yang cukup di Sabah adalah ramai dan langkah untuk memperkasakan pendidikan Indonesia di Sabah amat diperlukan.

Beliau berharap usaha berterusan akan disalurkan oleh pihak kerajaan Indonesia bagi membantu melahirkan generasi baharu warga Indonesia di Sabah yang berpendidikan.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan