Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancaran Pusaka Jun ini

Welly  (tiga dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Madiyem. - foto Kalawon Sawing
Welly (tiga dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Madiyem. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Persatuan Tujuh Jurusan Keturunan Pahlawan [email protected] (Pusaka) Sabah akan mengadakan majlis pelancaran Pusaka yang dijangka diadakan di Dewan Seri Antenom pada Jun ini.

Pengerusinya, Sinawat Antakah berkata, jemputan bagi perasmian pelancaran Pusaka bakal disampaikan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menerusi Pegawai Majlis Daerah Tenom (MDT), Madiyem Layapan.

Sementara itu, Madiyem yang menerima kunjungan hormat Pusaka menjelaskan, beliau mengalu-alukan kunjungan Pusaka sebagai satu persatuan yang dianggotai oleh keturunan Pahlawan Murut Datuk Seri Panglima Antenom.

“Sebagai ketua pentadbir di daerah ini saya mengalu-alukaan usaha Pusaka memilih daerah Tenom pusat pelancaran. Kita akan memberi kerjasama kepada persatuan setakat yang boleh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan