Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancaran Program Kempen Daftar Keahlian UMNO pada 9 April

6:37am 06/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 81 views Politik,Tempatan
Zakiah Kalipunya

Zakiah Kalipunya

KOTA KINABALU- Program Kempen Daftar Keahlian UMNO dan Daftar Pemilih peringkat negeri Sabah akan dilancarkan pada 9 April ini. Kempen tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman di Harbour Mall, Sandakan.

Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya berkata Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Pergerakan Puteri UMNO Sabah akan mengadakan Kempen Daftar Pemilih dan Keahlian serentak di seluruh negara di mana Sabah menjadi tuan rumah.

Acara itu akan bermula seawal jam 7.00 pagi dan orang ramai dijemput hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Tambahnya, kempen pada kali ini akan menggunakan tagline #OPSDP serta pelbagai acara turut berlangsung. Di antaranya ialah pemeriksaan kesihatan, derma darah, aktiviti kebudayaan, aktiviti sukaneka, dan juga taklimat kerjaya akan dilaksanakan di kempen tersebut.

“Selain itu, melalui penganjuran program sebegini adalah untuk mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan kepimpinan dalam kawasan dan membentuk gelombang sokongan rakyat terutamanya pengundi muda wanita kepada kerajaan BN,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Zakiah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Sabah berkata terdapat beberapa agensi-agensi kerajaan yang turut serta dalam acara itu. Di antaranya ialah Jabatan Tenaga Kerja Bahagian Sandakan, Jabatan Kesihatan Bahagian Sandakan, Jabatan Agensi Antidadah Sandakan, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Jabatan Penerangan serta Perniagaan On-line.

Beliau turut mengajak anak-anak muda yang belum mendaftar keahlian datang ke kempen tersebut bagi menjayakan misi jumlah keahlian yang disasarkan.

“Saya mewar-warkan kepada semua orang muda yang ada di Sabah khususnya Daerah Sandakan beramai-ramai mendaftar kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai warganegara dan juga generasi Y haruslah juga sayangkan negara dengan mendaftar sebagai pengundi, jelasnya. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan