Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2016 mendapat sambutan hangat

Madiyem Layapan
Madiyem Layapan

TENOM- Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2016 yang dilancarkan di daerah ini pada 1 Mei lalu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung luar dan dalam negeri.

Pegawai Daerah Tenom merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Pelancaran, Madiyem Layapan berkata beliau merasa bangga dengan kejayaan yang sudah tentunya menjadi satu kebanggaan penduduk di daerah tersebut khususnya.

Tambahnya,kejayaan dalam melaksanakan program pelancaran tersebut tidak akan tercapai sekiranya tidak ada komitmen dan kerjasama yang tinggi daripada jabatan kerajaan persekutuan dan negeri.

“Sesungguhnya ramai pihak yang terlibat terutama sekali jabatan kerajaan persekutuan dan negeri dalam memastikan program Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2016 di Tenom berjalan dengan jayanya,”katanya dalam satu kenyataan rasmi baru- baru ini.

Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Penerangan Sabah, SESB, pihak keselamatan termasuklah Polis DiRaja Malaysia, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Cetak Negeri Sabah, Pusat Kebudayaan Murut, Pejabat Pelajaran Tenom, Protokol Negeri, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan semua jabatan serta agensi kerajaan.

Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Tenom disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan