Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancaran pembukaan semula “Mountain Torq”

7:59pm 19/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan
Masidi (tengah) dan Wilfred (kedua dari kiri) bersama dif-dif jemputan melakukan gimik pelancaran sempena majlis perasmian pembukaan semula "Mount Kinabalu Via Ferrata" oleh Mountain Torq

Masidi (tengah) dan Wilfred (kedua dari kiri) bersama dif-dif jemputan melakukan gimik pelancaran sempena majlis perasmian pembukaan semula “Mount Kinabalu Via Ferrata” oleh Mountain Torq. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Gunung Kinabalu kini dibuka semula kepada masyarakat terutamanya para pendaki setelah kejadian gempa bumi yang melanda kawasan tersebut pada 5 Jun, tahun lalu setelah pengusaha “World Highest Via Ferrata”, Mountain Torq Sdn Bhd membuka semula perniagaan mereka.
Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata bahawa Gunung Kinabalu adalah selamat untuk didaki.
“Pembukaan semula aktiviti Mountain Torq itu dapat mengembalikan semula keyakinan masyarakat terutamanya para pendaki kepada tahap keselamatan gunung tersebut”, katanya.
Tambahan Masidi, pihak Taman Kinabalu atau “Sabah Park” dengan kerjasama beberapa pihak-pihak berkaitan telah mengambil beberapa langkah dan persedian untuk menjamin keselamatan setiap pendaki yang mendaki gunung kinabalu.
Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena majlis perasmian pembukaan semula “Mount Kinabalu Via Ferrata” oleh Mountain Torq, di hotel Le Meridian, disini, hari ini.
Sehubungan itu, Pengarah Mountain Torq Sdn Bhd, Wilfred Tork berkata bahawa syarikat itu dengan kerjasama Taman Sabah akan menggunakan prosedur keselamatan tambahan yang baharu iaitu “Aeroligne System”.
“Sistem ini akan membolehkan para pendaki untuk meneruskan pendakian mereka di laluan “Via Ferrata” tanpa risau akan keselamatan mereka”, katanya.
Wilfred berkata bahawa sistem tersebut adalah pertama kali diperkenalkan di Asia selepas dilancarkan di Perancis pada tahun 2014. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan