Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelancaran buku ‘Phillipps’ Field Guide to the Mammals of Borneo’ tingkatkan pelancongan Sabah

9:41pm 22/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan
Pang (kiri) merasmikan pelancaran buku 'Phillipps' Field Guide to the Mammals of Borneo' disaksikan oleh Quentin (tengah) dan Chan (kanan)

Pang (kiri) merasmikan pelancaran buku ‘Phillipps’ Field Guide to the Mammals of Borneo’ disaksikan oleh Quentin (tengah) dan Chan (kanan)

KOTA KINABALU- Para pemain industri pelancongan digalakkan untuk merancang dan melaksanakan lebih banyak projek berkaitan hidupan liar di negeri ini, kata Pembantu Menteri kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Min.

Pang berkata pihak kementerian melihat bahawa pemuliharaan hidupan liar di negeri ini amat penting dalam menarik lebih ramai pelancong sama ada dalam atau dari luar negara.

“Jika kita mementingkan pemeliharaan binatang mamalia yang ada di negeri ini, ia semestinya akan menarik lebih ramai pelancong luar negara datang ke Sabah dan ia secara lansung dapat menyumbangkan pendapatan kepada negara,”katanya semasa pelancaran buku ‘Phillipps’ Field Guide to the Mammals of Borneo’ di Hotel Hyatt Regency, sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata bahawa penerbitan buku tersebut dapat mempromosikan hidupan liar di mata dunia.

“Tanpa penerbitan buku tersebut, ia menyebabkan tidak semua orang luar dari Borneo ini akan tahun bahawa Sabah kaya dengan alam semula jadi,”ujar beliau.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pengetahuan masyarakat setempat akan meningkat mengenai ekologi serta haiwan mamalia yang jarang dijumpai seperti yang dinyatakan dalam buku tersebut.

Hadir sama, penulis buku itu, Quentin Phillipps dan penerbit buku, Datuk C.L Chan. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan