Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelan tindakan pembangunan Biomas dapat tingkatkan pelaburan masuk ke Sabah dan Sarawak- Raymond

raymond
Datuk Raymond Tan Shu Kiah

KOTA KINABALU-Pihak kerajaan melalui Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bersama Perdana Menteri Malaysia akan melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Biomass di Sabah dan Sarawak di Kuala Lumpur pada Khamis depan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah mengumumkan demikian dalam satu sidang media sempena majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Sabah di Hotel Hyatt Regency, disini, hari ini.

Beliau berkata Pelancaran Pelan Tindakan tersebut dapat membantu menarik masuk lebih banyak pelaburan luar ke dalam kedua- dua buah negeri itu,

Negara ini tidak boleh hanya bergantung kepada industi komoditi semata- mata seperti minyak sawit mentah, kayu balak serta minyak dan gas dan perlu mencari alternatif lain agar dapat meningkatkan ekonomi Malaysia, katanya.

“Sektor perkhidmatan seperti sektor pelancongan dapat merupakan sebuah sektor yang menyumbangkan sejumlah pendapatan yang tinggi kepada negara ini.”

Namun, sektor pembuatan juga perlu dibangunkan dengan aplikasikan teknologi dalam sektor tersebut, ujar beliau.

“Ini dapat menunjukkan bahawa kita dapat memastikan ekonomi negara dapat dikekalkan,”katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerja- kerja perluasan perlabuhan Sepanggar bermula tahun hadapan. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan