Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelan tindakan hakisan tanah dikemuka kepada pihak berwajib

Radin Malleh (tengah) meninjau kerosakan jalan Kampung Ulloi akibat hakisan sungai tersebut. - foto Kalawon Sawing
Radin Malleh (tengah) meninjau kerosakan jalan Kampung Ulloi akibat hakisan sungai tersebut. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Pelan tindakan pemulihan dan pencegahan hakisan tanah yang berlaku beberapa buah kampung yang terletak berdekatan dengan Sungai Pegalan dan Sungai Padas di daerah Tenom akan dikemukakan kepada pihak berwajib.

Walaupun kerja pemulihan dan pencegahan hakisan tanah di tebing sungai tersebut membabitkan sejumlah peruntukan kewangan yang tinggi, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited untuk menangani masalah itu demi kesejahteraan hidup rakyat di kawasan terbabit.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, kampung yang mengalami masalah runtuhan tebing sungai dan hakisan tanah itu ialah Kampung Ponontomon, Batu-Batu, Tinibui, Ulloi Atas, Makapau, Naluyan dan Liuh.

“Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Tenom dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tenom untuk memantau dan mengumpulkan maklumat mengenai masalah-masalah hakisan-hakisan tanah yang berlaku di daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan tebing dan hakisan tanah berdekatan dengan Sungai Padas dan Sungai Pegalan, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) proaktif dan melaporkan kejadian hakisan tanah yang berlaku di kawasan mereka kepada kerajaan khususnya pejabat daerah bagi memudahkan kerajaan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan