Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelan Struktur Sabah 2033 terima maklum balas positif

12:38pm 29/10/2016 Leolerry Lajius 24 views Kota Kinabalu,Tempatan
Penolong Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Johanis Mualas.PENERANGAN

Penolong Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Johanis Mualas.PENERANGAN

KOTA KINABALU : Pelan Struktur Sabah 2033 yang dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman baru-baru ini, mendapat maklumbalas positif daripada masyarakat.
Penolong Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Johanis Mualas yang ditemui pada majlis itu berkata Pelan Struktur Sabah 2033 yang telah dirancang akan memberi impak baharu dalam landskap pembangunan Sabah.
Menurutnya, perancangan tersebut sangat baik dan berharap rakyat di daerah Tongod juga menikmati pembangunan seiring dengan perancangan yang telah disediakan.

“Dengan jumlah 30 ribu penduduk yang bekerja sebagai peladang, petani dan kakitangan kerajaan, penduduk di daerah Tongod amat mengalu-alukan pembangunan yang telah dirancang.

“Dikenali sebagai Heart of Borneo, kami percaya seiring dengan pembangunan tersebut, Tongod mampu menarik kehadiran pelancong terutamanya  ke lokasi pelancongan Lembah Canyon, di sini.

Tambah Johanis, pelan pembangunan tersebut juga akan menaik taraf Tongod sebagai daerah penuh dengan  pembinaan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks sukan.

Pengarah Borneo Spatial Planning Sdn Bhd, Janet Goh.-PENERANGAN

Pengarah Borneo Spatial Planning Sdn Bhd, Janet Goh.-PENERANGAN

Sementara itu, Pengarah Borneo Spatial Planning Sdn Bhd, Janet Goh pula berkata, pelan berkenaan sebagai langkah bijak yang diambil oleh kerajaan tempatan.

“Kami bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah dengan kerjasama WWF Malaysia dan Majlis Daerah Semporna telah mengemukakan ‘Project Marine Spatial Plan Semporna’ (RTPI) untuk dijadikan sebahagian daripada Pelan Struktur Sabah 2033.

“Penyediaan RTPI ini melibatkan kerjasama dengan penduduk-penduduk tempatan mendapat sambutan yang baik.

“Dengan melibatkan pengetahuan dan kemahiran penduduk tempatan, ia akan mewujudkan rasa kekitaan sekaligus dapat menjaga kawasan pembangunan setempat termasuk kazanah laut seperti terumbu karang dan ikan,” katanya.

RTPI telah di dinobatkan sebagai penerima anugerah “The International Planning Excellent Award’ daripada Royal Town Planning Institute London pada Mel yang lalu.

Turut ditemui, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, Mursidi  Sapie yang berharap pelan tersebut dapat memberi panduan kepada semua pihak terbabit dalam merancang pembangunan di kawasan masing-masing.

Walau bagaimanapun, katanya, pelan tersebut akan dinilai semula pada setiap lima tahun dan setiap pelaksanaan pelan bergantung pada keadaan semasa dan bajet yang disediakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Asmidar Zainol/PENERANGAN-

Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, Mursidi  Sapie.-PENERANGAN

Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, Mursidi Sapie.-PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan