Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelan Struktur Sabah 2033 ke arah menjadikan persekitaran Sabah bertaraf dunia

KOTA KINABALU: Pelan Struktur Sabah 2033 mempunyai wawasan untuk menjadikan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang mempunyai persekitaran bertaraf dunia merangkumi tempat untuk tinggal, bekerja, belajar, melawat dan sebagai tempat pelaburan perniagaan yang kondusif seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, melalui pelan ini rakyat negeri ini akan menikmati kualiti hidup yang tinggi dan sejahtera, di dalam persekitaran yang diurus secara sistematik dengan sistem perhubungan, pengangkutan dan ekonomi yang mapan.

“Syabas kepada Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah atas kejayaan menyempurnakan penyediaan Pelan Struktur Sabah 2033 yang telah diluluskan oleh kabinet negeri pada bulan Jun yang lalu.”

“Pelan ini amat penting untuk pembangunan jangka panjang negeri ini kerana ia telah dirumuskan melalui dasar-dasar strategik bagi menentukan arah dan corak pembangunan fizikal negeri untuk jangka masa dua puluh tahun akan datang,”katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Persidangan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang bertemakan ‘Tadbir Urus Ke Arah Bandaraya Berdaya Huni di Sabah’, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, sistem tadbir urus yang berkesan merupakan salah satu faktor terpenting yang menyumbang kepada keselesaan bandar untuk di huni.

“Persidangan ini amat penting kerana ia dapat mendedahkan kepada para peserta khususnya warga perancang bandar tentang kepentingan memantapkan tadbir urus sektor awam bagi menjaga serta memelihara kepentingan rakyat,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Musa (tengah) sempena pelancaran Pelan Struktur Sabah 2033.

Musa (tengah) sempena pelancaran Pelan Struktur Sabah 2033.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan