Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelan Strategik perlu diwujudkan bantu MDP tingkat sistem penyampaian

Yahya Hussin (tengah) menyampaikan watikan pelantikan kepada Ahli MDP.
Yahya Hussin (tengah) menyampaikan watikan pelantikan kepada Ahli MDP.

PUTATAN – Hubungan rapat di antara penggubal dasar dan badan eksekutif amat penting untuk memastikan pembangunan sosio-ekonomi yang dirancang oleh sesebuah majlis daerah mencapai matlamat serta objektifnya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, sebagai sebuah agesni utama yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab Majlis Daerah Putatan (MDP) memastikan sistem penyampaian cekap, berintegriti dan mesra pelanggan.

“Umum mengetahui bahawa peranan Majlis Daerah Putatan bukan setakat memberi perkhidmatan sahaja seperti pengurusan sisa pepejal, kebersihan awam dan keindahan bandar, malah fungsinya meliputi pelaksanaan projek pembangunan dan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat.

“Oleh yang demikian, Majlis Daerah perlu proaktif dan bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan oleh rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Putatan, di sini hari ini.

Yahya berkata, MDP diwujudkan bertujuan membangunkan Putatan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang cekap dan berkemampuan untuk menyalurkan program-program pembangunan kepada masyarakat setempat.

Beliau turut menekankan bahawa perlu wujud satu pelan strategik bagi membantu MDP mempertingkatkan sistem penyampaian kepada orang ramai.

Katanya, pelan tersebut menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang fokus MDP bagi melaksanakan agenda untuk menjadikan MDP lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang.

“Pelan ini seterusnya boleh dijadikan sebagai garis panduan dan dihayati oleh setiap warga kerja MDP bagi merealisasikan harapan tersebut. Justeru, kerjasama di antara pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta MDP amat penting.

“Ini memandangkan pihak kementerian akan menjadi tempat rujukan dalam pelbagai hal berkaitan polisi, undang undang kecil, anggaran belanjawan dan membantu melicinkan pentadbiran ahli-ahli MDP sebagai penggubal dasar,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan