Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelaksanaan Mekanisme Mod Kemasukan Baharu bantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran

4:16pm 26/02/2016 Leolerry Lajius 42 views Pendidikan,Tempatan
Masidi ketika berucap pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi ketika berucap pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Mekanisme Mod Kemasukan Baharu bagi isi rumah 40% terendah yang telah dilaksanakan sejak sesi akademik 2013/2014 telah memberikan peluang kepada seramai 279 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program tersebut adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada calon pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan daripada aspek sosioekonomi keluarga agar tidak tercicir dari melanjutkan pelajaran.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, program ini juga merupakan salah satu platform untuk merakyatkan pendidikan di kawasan luar bandar dan memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri kehidupan sebagai mahasiswa.

“Saya menyeru kepada para pelajar yang terpilih dalam program ini agar menjadikan peluang ini untuk menuntut ilmu sebaiknya dan menjadikan kesukaran hidup keluarga sebagai pendorong agar dapat memperbaiki nasib keluarga di masa akan datang,”katanya ketika berucap sempena majlis ramah mesra pelajar B40 di Dewan Bankuasi UMS, semalam.

Berucap pada majlis tersebut beliau juga berkongsi kepada semua pelajar mengenai latar belakangnya yang penuh dengan cabaran sehingga berjaya mencapai apa yang beliau miliki sekarang.

“Kehidupan jauh ke pedalaman dan hidup hanya bergantung kepada hasil pendapatan penanaman tembakau tidak menjadi penghalang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dan saya berharap siswa dan siswi yang berada di hadapan saya ini akan menjadikan kesukaran dan kekurangan sebagai dorongan untuk berjaya,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Dr. Ismail Bin Ali, Pegawai kanan dan utama UMS, Pengetua-pengetua  Kolej Kediaman, Pegawai-pegawai hal ehwal pelajar UMS serta pelajar yang terpilih dalam program tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Masidi (Depan) bersana tetamu kehormat yang lain dan pelajar-pelajar B40. -Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (Depan) bersana tetamu kehormat yang lain dan pelajar-pelajar B40. -Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan