Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelaksanaan hudud untuk orang Islam

Abdul Ghapur Salleh. - foto Masani Sandan
Abdul Ghapur Salleh. – foto Masani Sandan

KALABAKAN – Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan perlu diperjelas dan diterangkan kepada orang bukan Islam agar tidak timbul sebarang bantahan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh percaya jika maksud dan konsep hukum hudud berkenaan diterangkan dengan baik kepada orang bukan Islam, mereka akan lebih memahaminya.

“Saya secara peribadi, apabila usul hukum ini dibentangkan di Parlimen, saya tidak boleh menolak hukum hudud ini kerana sebagai orang Islam harus akur pada peraturan yang telah ditetapkan oleh agama,’’katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Secara Berkelompok Zon Kalabakan, Luasong, Brumas di Dewan Serbaguna Kalabakan di sini hari ini.

Menurutnya, hukum hudud tiada kaitan langsung dengan bukan Islam dan tidak memberi sebarang kesan apabila dilaksanakan kelak sebab pelaksanaannya untuk orang Islam sahaja dan ia dibuat untuk menjaga kepentingan orang Islam.

Dalam pada itu, Abdul Ghapur turut meminta pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) mengkaji semula atau membatalkan kenaikan 30 peratus tambang bas dan perkhidmatan awam lain yang diumum baru-baru ini. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan