Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelaksanaan BRT KK Dijangka Mula Hujung Tahun Ini

1:55pm 20/04/2016 Pak Roshan 566 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan
city-bas

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Cadangan pelaksanaan perkhidmatan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu (BRT KK) dijangka bermula pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata ini berdasarkan jadual pelaksanaan Prasarana, syarikat pengendali perkhidmatan awam bersepadu itu.

“Apabila siap kelak, Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan dan BRT KK bakal memberi kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur, persekitaran yang selesa dan perkhidmatan menepati masa,” katanya semasa menjawab soalan Wong Hong Jun (DAP-Likas) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Wong bertanya sama ada terminal bas Kepayan di bawah rancangan Koridor Sabah telah dihentikan atau ditempatkan semula secara senyap-senyap dan bila ia dimulakan.

Sambil menafikan dakwaan terminal bas Kepayan itu dihentikan secara senyap-senyap, Yong berkata lokasi pembinaan terminal itu masih dalam kawasan yang telah dikenal pasti iaitu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) seperti dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Kota Kinabalu.

Beliau berkata cadangan pembinaan terminal bas itu merupakan komponen penting dalam pembangunan sistem pengangkutan awam di bandaraya ini selaras dengan pelan induk terbabit.

“Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan menyediakan terminal bersepadu bagi rangkaian pengangkutan awam yang menghubungkan bandaraya Kota Kinabalu dengan daerah-daerah di wilayah selatan Sabah,” jelasnya.

Yong berkata terminal itu akan merangkumi pembangunan untuk kemudahan perkhidmatan BRT KK yang pembinaanya akan dilaksanakan bersama dengan pelaksanaan BRT KK oleh Prasarana.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Datuk Bobbey Ahfang Suan berkata pengorekan dasar laut di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu akan disusuli sewajarnya oleh operator pelabuhan yang bakal mengendalikan kapal persiaran iaitu Suria Capital Holdings Berhad.

Katanya hasrat itu akan disusuli apabila semua operasi pelabuhan oleh Sabah Ports Sdn Bhd dipindahkan sepenuhnya dari Kota Kinabalu ke Pelabuhan Sepanggar.

“Pada penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, proses penyediaan anggaran kos untuk dibiayai di bawah senarai Persekutuan bagi kerja-kerja pengorekan adalah kira-kira RM35 juta,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu).

Joniston bertanya sama ada kerajaan bercadang mendalamkan lagi dasar laut di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu supaya kapal persiaran besar yang membawa ribuan penumpang dapat berlabuh dan sekali gus meningkatkan kedatangan pelancong ke Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan