Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelakon Veteran Pak Tamam Meninggal Dunia

Pak-Tamam

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Bustamam Idris, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Tamam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata pelakon era 80-an itu meninggal dunia kira-kira 11.55 malam akibat komplikasi paru-paru.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai sebelum solat Jumaat, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Allahyarham meninggalkan isteri Mariaty Husin dan enam anak.

Selain terkenal dengan drama persilatan, Pak Tamam juga dikenali menerusi drama Seorang Tua Di Kaki Gunung yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1980-an. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan