Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelakon, Shafiee Jaafar atau Pak Piee Meninggal Dunia

11:42pm 11/08/2016 Pak Roshan 439 views Mutakhir,Nasional

CplVwvuUsAALY2O

GEORGETOWN: Pelawak dan pelakon veteran, Shafiee Jaafar, 86, atau lebih dikenali dengan nama Pie, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam tadi.

Anaknya, Subariah, berkata ayahnya meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Balik Pulau, akibat sakit tua.

“Jenazah bapa akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kerjaya seni Pie bermula apabila beliau berhijrah ke Pulau Pinang selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, sebelum mengorak langkah dalam seni boria sekitar tahun 70-an.

Beliau yang sinonim dengan siri filem Anak Mami dinobatkan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2015 bagi menghargai jasanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan