Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajari sastera Islam-Arifin

Bongsu (dua dari kiri) bersama para dif jemputan merasmikan seminar antarabangsa Islam dan keamanan sejagat Sabah 2016
Bongsu (dua dari kiri) bersama para dif jemputan merasmikan seminar antarabangsa Islam dan keamanan sejagat Sabah 2016
KOTA KINABALU- Masyarakat Islam diseru agar mempelajari ilmu sastera Islam yang diwarisi sejak turun temurun, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif.
Menurut Arifin, kebanyakkan golongan muda masa kini tidak pernah mendengar mahupun membaca karya ahli sasterawan Islam seperti Mulla Sandra, Ibn Hazm, Al- Khawarizmi, Abu Nasr al-Sarraj, Nur al-Din ar Raniri, Hamzahh Fansuri.
“Begitu juga dengan karya para ulama Islam dari kepulauan Melayu kurang mendapat perhatian daripada pembaca seluruh negara.
” Kebanyakkan karya dari ahli sasterawan Islam berkemungkinan tidak mampu untuk menarik minat para pembaca kecuali mereka yang serius mengkaji karya- karya tersebut,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis perasmian sempena Seminar Antarabangsa Islam dan Keamanan Sejagat Sabah 2016 di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Bongsu @ Aziz Jaafar.
Beliau berkata umat Islam perlu membaca karya- karya daripada para ulama Islam agar mendapat pengetahuan lebih mendalam mengenai agama Islam serta sejarahnya.
“Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk mempelajari sejarah tamadun islam yang lalu dan membina tamadun baharu.
Hadir sama, Pengerusi Sabah Islam Future Network (SIFN), Setiausaha Agung Union of NGOs of The Islamic World (UNIW), Ali Kurt. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan