Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajari cara mengatasi kegagalan dan kejatuhan dalam perniagaan

Samsudin menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang menghadiri program tersebut.
Samsudin menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang menghadiri program tersebut.

SANDAKAN – Belia perlu mempunyai perancangan strategik dan berani dalam menceburi bidang baharu yang boleh membawa pulangan lumayan tanpa meminggirkan prinsip dan objektif asas perniagaan.

Ini kerana, kerajaan telah menyediakan banyak peluang perniagaan termasuk kemudahan pinjaman dan skim pembiayaan perniagaan sebagai galakkan kepada para belia menceburi bidang tersebut.

Apa yang penting, pada asasnya beliau tidak harus berputus asas untuk terus memperkasakan program pembangunan usahawan yang disediakan oleh kerajaan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, semua peluang yang ditawarkan adalah untuk belia-beliawanis yang berumur di bawah 30 tahun.

Menurutnya, kerajaan menyediakan banyak dana di bawah pelbagai kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga.

“Contohilah kejayaan tokoh-tokoh usahawan negara dan luar negara. Pelajari kegigihan mereka mengatasi kegagalan dan kejatuhan dalam perniagaan kerana ita tidak mungkin boleh berjaya jika kita tidak tahu punca serta cara mengatasi kegagalna,” katanya ketika berucap dalam Program Membantu Rakyat (Membara) Bulan Kerjaya dan Kemahiran UMNO Bahagian Batu Sapi, di sini hari ini.

Beliau menambah, suatu cabang pemikiran yang amat penting dalam bidang perniagaan serta keusahawanan kerana tanpa pemikiran kreatif dan inovatif mustahil rakyat dapat bersaing dengan produk yang dikeluarkan oleh negara-negara lain khususnya negara maju. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan