Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar terima sumbangan kewangan pendidikan dari One Place Mall

6:27pm 09/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Tempatan
Datuk Edward Yong bersama-sama dengan para penerima sumbangan kewangan dari tabung pendidikan One Place Mall

Datuk Edward Yong (kanan tengah)  bersama-sama dengan para penerima sumbangan kewangan dari tabung pendidikan One Place Mall

PUTATAN- Lebih kurang 156 pelajar yang terdiri daripada para pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah menerima bantuan kewangan daripada tabung pendidikan pusat beli belah One Place Mall, di sini, hari ini.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.17 Tanjung Aru, Datuk Edward Yong, sumbangan bantuan kewangan daripada Tabung pendidikan One Place Mall itu telah
diadakan selama tiga tahun berturut-turut bermula sejak tahun 2012.

Edward berkata lagi kanak-kanak perlu dijaga dengan baik dari segi pelbagai aspek terutamanya kebajikan pendidikan mereka kerana mereka merupakan tunggak kepada masa depan negara dan bakal menjadi pemimpin
negara ini.

Menurut beliau lagi, tujuan sumbangan bantuan kewangan tersebut diberi adalah untuk meringankan beban keluarga kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sekolah. Selain itu,
sumbangan tersebut turut diberikan sebagai insentif kepada para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar semangat mereka untuk belajar semakin berkobar-kobar.

“Saya berharap agar para pelajar tidak mensia-siakan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak One Place Mall ini dengan membeli barang-barang yang bukan peralatan untuk sekolah.

“Saya juga ingin menyeru kepada syarikat-syarikat di luar sana agar bersama-sama menyumbangkan sedikit keuntungan mereka ke dalam tabung tersebut untuk membantu mereka yang sangat memerlukan”, kata Edward semasa berucap dalam majlis perasmian penyerahan sumbangan bantuan kewangan oleh Tabung Pendidikan One Place Mall.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi penganjur majlis penyerahan sumbangan kewangan tabung pendidikan One Place Mall, David Tan Chik Tiam berkata tabung pendidikan tersebut merupakan hasil usaha kerjasama Syarikat Tarlia Enterprise Sdn Bhd yang merupakan Pemaju One Place Mall dengan Pejabat Daerah Penampang dan Putatan dan organisasi yang lain.

“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Syarikat Tarlia Enterprise Sdn Bhd dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Encik Ng Siow How yang merupakan pengerusi Syarikat Tarlia Enterprise Sdn Bhd”, katanya.

Diantara sekolah yang terlibat dalam majlis tersebut ialah SK Buit Hill, SK Tansau, SK Putatan, SRJK C Hwa Shiong, SRJK C Yue Min, SK Kem Lok Kawi, SMK Putatan, SMK Tansau, SM Maktab Sabah, SMK Sanzac, SM Stella Maris dan SMK Kinarut. –Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan