Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar terbaik STPM Sabah kongsi kejayaan

 Jacquline Ebit (kiri) dan ibunya, Dulina Yumpoh. - foto Monica Gidong
Jacquline Ebit (kiri) dan ibunya, Dulina Yumpoh. – foto Monica Gidong

PAPAR – Bijak mengurus masa disamping kaedah pembelajaran bijak, merupakan kunci kejayaan Jacquline Ebit, 20, pelajar Sekolah Menengah (SM) All Saints, Kota Kinabalu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun lalu.

Terpilih antara 16 pelajar terbaik STPM 2014 seluruh Sabah, anak kedua daripada empat beradik memberitahu, apabila di rumah dia hanya meluangkan masa belajar selama dua jam setiap hari dan empat jam semasa cuti sekolah.

Menurut Jacquline, dia tidak pernah memaksa diri belajar berjam-jam dalam sehari kerana masa dua jam sudah mencukupi, selain memberikan tumpuan sepenuhnya dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.

“Biasanya sebelum belajar saya berdoa dan saya amalkan ini sejak dari sekolah rendah sehingga sekarang. Pada hari Ahad saya tidak belajar, saya mengunakan masa setiap hujung minggu untuk merehatkan fikiran dan bersukan,” kata pelajar dari Kampung Tiong Ratau, Tamparuli ini ketika ditemui dalam majlis penyampaian Sijil kecemerlangan STPM itu oleh Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip di SMK Takis Papar, di sini hari ini.

Dengan kejayaan itu, Jacquline berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam jurusan Geografi sama ada bidang penyelidikan atau pendidikan di pusat pengajian tinggi tempatan iaitu Universiti Malaya (UM) atau Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Saya memilih universiti tempatan kerana institut pengajian tinggi di negara ini kini setanding dengan universiti lain di luar negara. Ramai pelajar luar negara belajar di Malaysia, contohnya di UMS. Selain itu kos pengajian juga lebih rendah daripada kos pengajian di luar negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nur Afiqah dan  O’Nell Abraham. - foto Monica Gidong
Nur Afiqah dan O’Nell Abraham. – foto Monica Gidong

Pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan bekas Penolong Kapten Sukan Sekolah semasa Tingkatan Lima, berkata dia mula aktif dalam sukan olahraga dan hoki sejak Tingkatan Satu dan sering mewakili sekolah dalam acara olahraga dan hoki.

Sebelum ini Jacquline turut menerima beberapa anugerah di sekolahnya termasuk Anugerah Pelajar Cemerlang Jurusan Kemanusiaan.

Sementara itu Nur Afiqah Roslan, 20, dari SM La Salle Kota Kinabalu berkata, dia tidak menyangka memperolehi keputusan cemerlang dan menjadi antara seorang daripada 16 pelajar cemerlang STPM 2014.

“Sebelum mendapat keputusan ini, saya agak takut dan bimbang kerana melalui pengiraan saya, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNG) saya tidak sampai 3.7, bagaimanapun saya amat bersyukur kerana mendapat keputusan seperti ini,” ujarnya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik itu berkata, perancangan seterusnya ialah meneruskan pengajian dalam bidang kewartawanan.

Dalam pada itu, O’Nell Abraham Gapitar, 20, pelajar dari Maktab Sabah berkata, dia amat gembira kerana mendapat keputusan cemerlang itu dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan