Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar Taiwan desak menteri letak jawatan

SEORANG pelajar tidur di pintu masuk ke bangunan Kementerian Pelajaran di Taipei, ketika turut serta dalam tunjuk perasaan, semalam.
SEORANG pelajar tidur di pintu masuk ke bangunan Kementerian Pelajaran di Taipei, ketika turut serta dalam tunjuk perasaan, semalam.

Taipei: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Taipei semalam mendesak menteri pelajaran meletak jawatan selepas seorang pelajar membunuh diri rentetan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kurikulum sekolah yang disifatkan terlalu condong kepada China.

Ratusan pelajar – ada yang memegang mawar merah dan lilin – berhimpun di luar Kementerian Pelajaran pada tengah malam untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Lin Kuan-hua, 20, yang dilaporkan membunuh diri di kediamannya di New Taipei City, pagi kelmarin.

Lin dilaporkan antara 30 pelajar yang ditahan bersama tiga wartawan minggu lalu kerana merempuh masuk kementerian berkenaan disebabkan marah dengan perubahan kurikulum sekolah menengah yang dianggap mengiktiraf pandangan China mengenai sejarah Taiwan.

Jurucakap kumpulan pelajar itu Chu Chen berkata: “Kami tidak akan membiarkan kematian Lin Kuan-hua berlalu begitu saja!”

Sementara itu, penunjuk perasaan melaung slogan mendesak Menteri Pelajaran Wu Se-hwa meletak jawatan.

Selepas beberapa jam tanpa reaksi daripada Wu, sekumpulan pelajar yang marah merobohkan sebahagian pagar di bangunan kementerian itu sebelum menawan dataran di depannya.

Orang ramai kemudian mula bersurai.

Bagaimanapun, kira-kira 200 pelajar yang masih berada di dataran berkenaan meneruskan bantahan mereka sambil melaungkan slogan mendesak Wu meletak jawatan dan menarik balik kurikulum baru itu.

Kumpulan itu berazam meneruskan tunjuk perasaan itu sehingga malam.

Sebelum itu, penunjuk perasaan membakar gambar Wu dengan cebisan kertas – amalan berkabung masyarakat Cina – sambil diperhatikan polis.

Kematian Lin berlaku ketika keadaan tegang dengan rakyat bimbang China semakin mempengaruhi Taiwan.

Taiwan berpisah dari China pada 1949, namun Beijing masih menganggap ia sebahagian daripada negara itu.

Lin yang berhenti sekolah vokasional pada Jun lalu berdepan dengan tuduhan menceroboh premis kerajaan dan menyebabkan kerosakan pada kejadian minggu lalu itu.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran: “Keluarga Lin berkata, dia kelihatan resah selepas pulang daripada pertemuan mengenai perubahan kurikulum oleh Kementerian Pelajaran.”

Sementara itu, ibu Lin merayu penunjuk perasaan tidak mencontohi perbuatan anaknya dalam rakaman yang dimainkan kepada pemberita ketika sidang media diadakan kementerian.

“Saya harap semua pelajar terbabit dengan perbincangan kurikulum meluahkan pandangan dengan cara yang sewajarnya,” katanya. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan