Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar tahfiz mampu beri saingan sihat melalui DPTN

Acara perbarisan kumpulan merah sambil diperhatikan oleh Yakub(tiga dari kanan), Mohd Zulfikar (dua dari kanan) dan Zainudin (kanan).

SEPANGGAR– 

Dasar pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang bakal digunakan sebagai garis panduan kepada pusat tahfiz dan kini di peringkat akhir untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja mendapat sambutan baik oleh pengusaha Pusat Tahfiz di negeri ini.

Pengetua Tadika Pintar Al-Hafiz, Ustaz Mohd Zulfikar Ab Mijan berkata, DPTN merupakan satu pengiktirafan kepada pendidikan tahfiz agar pendidikan ini akan terus berkembang dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak dalam pendidikan Al-Quran.

“Mudah-mudahan dengan adanya DPTN ini anak-anak tahfiz dapat memberikan saingan yang sihat di pasaran dunia pendidikan khususnya di negeri sabah.

“Kita juga mengharapkan pengurusan-pengurusan tahfiz itu akan lebih aktif dan terkini daripada segi silibus dan pendidikan serta pendekatan dan kualitinya.

“Kita juga berdoa semoga institusi agama terus berkembang dan maju dan berjaya sama ada di peringkat pra-sekolah seterusnya rendah dan menengah hinggalah ke peringkat universiti, katanya yang juga merupakan pengetua Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah dan Pusat Tahfiz Ummu Mashitah.

Mohd Zulfikar berkata demikian selepas merasmikan Hari Sukaneka Tadika Pintar Al-Hafiz di City Futsal pada Ahad.

Menurutnya juga, dalam zaman yang cukup mencabar ini, anak-anak generasi hari ini sama sekali tidak sama dengan generasi dahulu yakni cukup terdedah dengan teknologi dan juga dunia tanpa sempadan dan teknologi maklumat.

“Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu memberi keseimbangan kepada anak-anak ini iaitu dengan memberi pendedahan dan menyediakan jadual sukan untuk anak-anak di awal usia seperti di peringkat pra sekolah tadika.

“Dengan adanya aktiviti sukan, secara tidak langsung kita akan memberi kecerdasan minda kepada anak-anak dan mendidik mereka akan keperluan bersukan seterusnya mengamalkannya sehingga mereka membesar,”katanya.

Tambahnya, sesetengah ibu bapa merasa bimbang jika anak-anak tidak tahu membaca di awal usia empat tahun, lebih-lebih lagi dimomokkan dengan standard pendidikan sekarang yang dikatakan sangat mencabar usia mereka apabila memasuki peringkat sekolah rendah.

“Pada hemat saya di usia tiga hingga lima tahun ini ialah peringkat usia jiwa mereka ingin bermain. Jika kita lihat pada zaman dahulu, anak-anak di usia begini masih lagi di rumah, masih perlukan kasih sayang ibu bapa dan leka dengan dunia permainan dan sebagainya.

 “Maka ibu bapa perlu kreatif untuk memberikan pendedahan supaya mereka pandai membaca tetapi dalam waktu yang sama tidak meninggalkan rutin mereka yang suka bermain atau bersiar-siar namun masih dalam kawalan ibu bapa masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ustaz Zainudin Saludin berkata sukan adalah sangat perlu dilibatkan pada usia kanak-kanak kerana di usia tersebut lah mereka lebih suka bermain.

“Nabi pernah sebut supaya didiklah anak kamu itu pada zaman mereka, Ibu bapa perlu faham anak-anak tidak bole terus dipaksa dengan belajar di usia kanak-kanak, kita kena seimbangkan aktiviti mereka, jangan terlalu mendesak mereka melakukan sesuatu perkara hingga anak itu menjadi tertekan,”katanya.

Seramai 64 pelajar terlibat dalam pelbagai sukaneka seperti mencari getah dalam tepung, tarik tali, membawa bola menggunakan sudu dan memasukkan gula-gula dalam botol dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi TEKUN, Datuk Yakub Khan. /Unit MAMS, PENERANGAN.

Johan keseluruhan dimenangi oleh Kumpulan Hijau menerima piala daripada Mohd Zulfikar (tiga dari kanan) dan Zainudin (empat dari kanan).

Komen


Berita Berkaitan