Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar SPM Bunuh Diri Lepas Jawab Soalan ‘Add Maths’

2:16pm 25/11/2015 Pak Roshan 3972 views Jenayah,Mutakhir

student

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 dilaporkan membunuh diri semalam selepas dipercayai kecewa berikutan gagal menjawab soalan  Kertas 1 Matematik Tambahan.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah itu ditemui tergantung di dalam biliknya dengan tali leher dilehernya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.

Berita kematian pelajar yang juga merupakan pelakon drama tempatan berbahasa Cina ini turut menggemparkan seluruh warga sekolah dan rakan-rakannya.

Selain itu, guru-guru yang mengenali remaja berusia 17 tahun ini turut menyifatkan mangsa sebagai pelajar cemerlang.

Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman.

“Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat jawab (soalan Matematik Tambahan).

“Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang. Namun, mangsa enggan dan terus pulang ke rumah,” kata Mohd Sukri dipetik NST.

Tambah Mohd Shukri, bagaimanapun mangsa kemudian tidak hadir ke sekolah pada waktu petang untuk menduduki ujian Kertas 2 subjek tersebut menyebabkan gurunya bimbang dan menghubungi keluarga pelajar tersebut.

“Guru tersebut menghubungi ibunya untuk bertanyakan mangsa. Ibu pelakon tersebut yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa.

“Ibu saudara mangsa menemui remaja itu mati di dalam biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya terikat pada bingkai tingkap,” kata Mohd Sukri lagi.

Mayat pelajar terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kes ini. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan