Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar SMK Jalan Apas, Tawau dilapor hilang

Aimi Syafiqah Roslan

 

TAWAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di SMK Jalan Apas dilapor hilang oleh ibunya di kediaman mereka di Jalan Apas, Kilometer 6 pada 2 Oktober lepas.

Aimi Syafiqah Roslan kali terakhir dilihat ibunya kira-kira jam 10 pagi yang kebiasaannya akan bersiap ke sekolah kira-kira jam 11 pagi.

Ibunya yang brerusia 48 tahun menyedari anaknya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 11.30 pagi dan cuba mencari anaknya itu di sekitar rumah namun tidak menjumpainya.

Ibunya kemudian cuba menghubungi nombor telefonnya namun dimatikan lalu membuat pemeriksaan di dalam bilik tidur dan mendapati kelengkapan pakaian sekolahnya masih ada.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus yang mengesahkan menerima laporan polis mengenai kehilangan Aimi pada 9 Oktober kira-kira jam 6.57 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Menurut Fadil difahamkan sebelum ini pada tahun 2016 Aimi pernah dilaporkan hilang dan pulang semula ke rumah setelah tiga hari menghilangkan diri.

Punca kejadian disebabkan kerana dia ingin kebebasan bergaul dengan rakan-rakan tanpa diawasi oleh ibunya.

Dipercayai dia juga selalu keluar melepak dengan rakan bermotosikal di bandar dan juga selalu ponteng sekolah.

Malah Aimi turut pernah dibawa oleh ibunya ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk kaunseling memandangkan dia mula menghisap rokok dan hasil ujian air kencingnya negatif dadah. – OLEH NAZRINI BADARUN/NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan