Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar SK Matupang Belajar Di Bawah Bangunan Solar Hibrid, Bangunan Sekolah Rosak

sk matupang ranau

KOTA KINABALU– Sebahagian daripada 126 pelajar Sekolah Kebangsan Matupang di daerah Ranau, kira-kira 108 kilometer dari sini, terpaksa belajar di bahagian bawah bangunan solar hibrid hari ini selepas dua blok bangunan sekolah itu rosak teruk dibadai angin kencang petang semalam.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata murid Tahun Satu hingga Tahun Empat meneruskan sesi pembelajaran mereka di bawah bangunan solar hibrid manakala pelajar Tahun Lima dan Tahun Enam masing-masing menjadikan pusat sumber dan makmal komputer sebagai kelas sementara.

Menurut Jame dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bumbung kedua-kedua blok bangunan berkenaan tercabut sama sekali yang bukan sahaja merosakkan kelas tetapi juga pejabat pentadbiran termasuk pejabat guru besar dan tiga penolong kanan sekolah.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana semasa kejadian.

Komen


Berita Berkaitan