Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Dijumpai Selamat Di Surau KKIA

1:10pm 24/03/2016 Pak Roshan 2214 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
surau

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seorang pelajar lelaki sekolah berasrama penuh di sini, yang dilaporkan hilang pada 20 Mac lepas, dijumpai dalam keadaan selamat di surau Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Azhar Hamin berkata pelajar berumur 14 tahun itu ditemui ketika anggotanya menjalankan Op Ledak di lapangan terbang itu.

“Siasatan lanjut mendapati punca dia tidak melapor diri di sekolah adalah kerana masalah peribadi. Tiada unsur jenayah bersabit kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut Azhar, pelajar itu keluar dari rumahnya di Kudat, 190 kilometer dari sini, pada pagi 20 Mac lalu untuk kembali ke sekolahnya di sini dengan menaiki bas, tanpa memberitahu ibu bapanya.

Bagaimanapun, pada hari yang sama pihak sekolah memaklumkan ibu bapa pelajar berkenaan bahawa anak mereka belum melaporkan diri di sekolah.

Apabila dimaklumkan mengenai perkara itu serta tidak dapat menghubunginya dengan telefon bimbit, ibu bapa pelajar berkenaan terus pergi ke sekolah anaknya untuk mencarinya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip menerusi aplikasi WhatsApp, mengucapkan terima kasih kepada polis atas kecekapan mereka mengatasi masalah yang dihadapi ibu bapa pelajar berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Azhar berkata mayat lelaki berumur dalam lingkungan 50-an yang dipercayai terjun dari tingkat 6 bangunan pusat membeli belah Centre Point, di sini pada pukul 5.15 petang, 22 Mac lalu, masih belum dituntut.

Berikutan itu, Azhar meminta orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga agar tampil membantu polis membuat pengecaman.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan