Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar sekolah agama boleh mencapai kecemerlangan

Hamisa menyampaikan sijil penghargaan.
Hamisa menyampaikan sijil penghargaan.

TAWAU: Pelajar sekolah agama tidak harus merasakan diri mereka tersisih hanya kerana belajar di sekolah agama sebaliknya perlu berusaha untuk  dalam pendidikan sepertimana sekolah yang bukan aliran agama.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat,  Datuk Hamisq Samat berkata,  golongan pelajar sekolah agama juga memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan negara dan mereka sama sekali tidak dikecualikan.

“Kita tidak harus merasa disisihkan kerana kerajaan sendiri begitu memberikan perhatian terhadap pembangunan pendidikan agama,” katanya pada Majlis Ithifal Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat ( SAR) Felda Gugusan Umas, Tawau.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, usaha untuk melahirkan generasi cemerlang sama sekali tidak mengenepikan pendidikan agama.

“Generasi yang cemerlang tidak hanya bergantung kepada pencapaian pendidikan akademik tetapi juga pendidikan agama,” kata Hamisa.

Sehubungan itu, beliau melahirkan harapan agar pelajar di sekolah berkenaan akan dapat meneruskan kecemerlangan dalam sebarang bentuk peperiksaan pada masa akan datang.

Selain itu katanya, golongan pelajar juga perlu menceburi pelbagai bidang untuk meningkatkan pengetahuan dan menimba ilmu pengetahuan selagi ia memberikan manfaat.

“Gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguhlah dalam menimba ilmu pengetahuan,” nasihat beliau.

Hadir sama Guru Besar Sar Felda Gugusan Umas, Ustazah Zunainah Hassan, Pengerusi Sar, Ismara Ali serta murid-murid sekolah san ibu bapa.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan