Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar Sabah Di Luar Negara Sentiasa Dipantau Bagi Elak Terlibat Militan

pelejarmilitan

KOTA KINABALU:  Kerajaan Negeri Sabah sentiasa memantau kegiatan pelajar dari negeri ini yang melanjutkan pelajaran di luar negara khususnya di Timur Tengah bagi mengelakkan mereka daripada direkrut organisasi tertentu untuk menyertai kegiatan militan.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Arifin Arif berkata pihaknya mempunyai pegawai dan badan kebajikan mahasiswa seperti di Mesir yang sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia berhubung pelbagai perkara.

“Setakat ini kita belum mendapat laporan berhubung penglibatan anak-anak Sabah dalam kegiatan militan. Keadaan anak-anak kita di Timur Tengah sentiasa dipantau khasnya oleh penaja seperti biasiwa kerajaan negeri, Majlis Ugama Islam Sabah dan Yayasan Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, Arifin yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam menasihatkan anak-anak Sabah memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran bagi mencapai matlamat utama mereka dihantar oleh kerajaan selain harapan ibu bapa.

“Pada asasnya, pelajar yang faham Islam akan melihat bahawa jihad itu bukan seperti yang disalah erti seperti terlibat dalam militan, tetapi menuntut ilmu juga adalah satu kewajiban dan satu jihad. Membantu ibu bapa dan melepaskan keluarga daripada kemiskinan juga adalah jihad,” katanya.

Baru-baru ini Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) telah terbunuh di Syria.

Komen


Berita Berkaitan