Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SPM: Pelajar Rabun Catat Keputusan Cemerlang

Calon Berkeperluan Khas (CBK), Philip Ting Kin Tien, 18, dari Sekolah Menengah Sg Maong, Padawan, Kuching, begitu gembira selepas mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 negeri Sarawak di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Calon Berkeperluan Khas (CBK), Philip Ting Kin Tien, 18, dari Sekolah Menengah Sg Maong, Padawan, Kuching, begitu gembira selepas mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 negeri Sarawak di sini, hari ini. – Foto BERNAMA

KUCHING – Seorang calon berkeperluan khas (kategori rabun), Philip Ting Kin Tien dari SMK Sg. Maong, Kuching, antara pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Ting, anak bongsu daripada dua beradik, memperoleh 9A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Pendidikan Moral dan Fizik.

Bercita-cita untuk menjadi jurutera, Ting berkata dia hanya meluangkan masa kira-kira dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajarannya iaitu antara jam 3 hingga 5 petang.

Selain belajar, dia turut meluangkan sedikit masanya untuk bermain permainan komputer manakala pada sebelah malam pula menghadiri kelas tuisyen.

Ting yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM bagi negeri Sarawak oleh pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak Serina Sauni di sini hari ini, berkata penglihatan yang rabun membataskannya untuk membaca terlalu lama dan ketika di dalam kelas dia duduk di barisan paling hadapan.

“Walaupun saya duduk di barisan paling hadapan tetapi saya masih tidak dapat melihat papan tulis dengan jelas dan memaksa saya menyalin nota kawan-kawan sekelas selain memberi sepenuh tumpuan kepada pembelajaran. `

“Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu serta guru-guru yang mengajar dan membimbing saya,” katanya.

Selain mengulang kaji pelajaran, Ting aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya dengan menyertai Kelab Bahasa Inggeris dan pasukan St. John Ambulance.

Dia berharap untuk menyertai abang sulungnya melanjutkan pelajaran di Curtin University, Miri dalam jurusan kejuruteraan kimia. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan