Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar pre-sekolah meningkat di luar bandar

4:52pm 14/11/2015 Ann Vivien 18 views Pendidikan,Tempatan
Ghulam bersama tetamu lain yang hadir ke majlis tersebut

Ghulam bersama tetamu lain yang hadir ke
majlis tersebut

KINARUT: Peningkatan pelajar prasekolah khususnya di kawasan luar Bandar setiap tahun membuktikan Pendidikan prasekolah semakin mendapat tempat di hati masyarakat luar bandar.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata jika sebelum ini hanya  kirakira sekitar 60 peratus kanak-kanak berpeluang untuk belajar di prasekolah luar Bandar namun keadaan tersebut bertambah ekoran komitmen kerajaan memberikan fokas serta keutamaan untuk membena lebih banyak bangunan pra sekolah di luar Bandar selain meningkatkan kemudahan yang sediada antara faktor menyebabkan peningkatan tersebut

“Kesedaran ibubapa dan masyarakat terhadap kepentingan untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka semakin meningkat dan dengan segala kemudahan pendidikan termasuk di pra sekolah luar Bandar  yang disediakan oleh kerajaan menjadi pendorong kepada mereka menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan awal di peringkat pra sekolah” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Tadika Perpduan Peringkat Daerah Papar di Dewab Taman Lokawi Height dekat sini baru baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Sabah Ester Dingkawan Pegawi Pembangunan Masyarakat DUN 21 Kawang Datuk Juil Nuatim Pegawai Perpaduan Kota Kinabalu Normalawati Haji Kasim dan Pegawai Perpaduan Daerah Papar Arahn Adang

Menurut Ghulam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang pendidikan aawal merupakan asas kepada pembelajaran yang benar benar berkesan bagi menyerlahkan potensi anak masing-masing dan sebagai generasi perwaris mereka perlu diberikan dorongan serta galakan berterusan bagi mencapai tahap kecermalangan dalam bidang akademik

Ghulam menambah  kerajaan akan sentiasa mempertingkatkan kemudahan asas pendidikan tadika, pra sekolah yang mencukupi dan berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman agar setanding dengan kemudahan prasekolah tadika di bandar.

“Ini terbukti apabila dalam Bajet 2016  kerajaan telah memperuntukkan , sejumlah RM41.3 bilion untuk memperkasakan bidang pendidikan termasuk membina 30 sekolah rendah dan 27 sekolah menengah baharu di seluruh negara serta menambah, empat lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan lima buah sekolah berasrama penuh” katanya.

Sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan untuk membangun dan menyelenggara fasiliti pendidikan dan RM44.6 juta bagi pendidikan prasekolah.

Dalam majlis itu, seramai  145  murid Tabika perpaduan dari daerah Papar diraikan dan menerima sijil tamatpengajian prasekolah masing-masing.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan