Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar perlu hindar pergaulan bebas

9:01pm 19/01/2016 Ann Vivien 1151 views Isu Semasa,Tempatan
Douglas (berdiri tiga dari kanan) bersama pegawai dan anggotanya bergambar kenangan bersama guru dan pelajar sekolah itu.

Douglas (berdiri tiga dari kanan) bersama pegawai dan anggotanya bergambar kenangan bersama guru dan pelajar sekolah itu.

KENINGAU: Para pelajar perlu menghindarkan pergaulan bebas bagi mengelakkan mereka terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak sihat.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, pergaulan bebas boleh menyebabkan pelajar terjerumus kepada gejala sosial dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, pelajar merupakan golongan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang dan sekali gus menjadi pemimpin dalam keluarga apabila dewasa nanti.

Justeru itu katanya, golongan ini perlu mempunyai jati diri yang kuat dan berketerampilan yang baik kerana merekalah yang bakal merawisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

“Jika golongan ini (pelajar) terdedah dan terjerumus dengan gejala sosial yang kurang sihat seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan jenayah maka negara akan kehilangan pelapis di masa akan datang” katanya kepada media selepas Program Ceramah Pencegahan Gejala Sosial, Jenayah dan Dadah di Sekolah Menengah (SM) St. Francis Xavier Keningau pada Isnin.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan