Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar, Pensyarah Politeknik, Kolej Komuniti Bina Rumah Penduduk Di Tawau

2:22pm 09/05/2016 Pak Roshan 889 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

13124838_1038944922862138_1012369505908836491_n

TAWAU : Kepakaran dan kemahiran 13 pelajar serta tiga pensyarah Kejuruteraan Sivil dan Bina Bangunan dari politeknik dan kolej komuniti di negeri ini, menyahut cabaran untuk membina 12 rumah penduduk di kawasan Parlimen Tawau.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata kesemua pelajar dan pensyarah terlibat akan mengaplikasikan teori yang dipelajari untuk membina rumah penduduk terpilih di kawasan Balung, Apas dan Sri Tanjung.

“Ini idea Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Idris Jusoh yang mencabar pelajar politeknik dan kolej komuniti untuk membina rumah dan memberi sumbangan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis pelaksanaan Program NBOS-Pendawaian Elektrik Rumah dan Bangunan Awam Parlimen Tawau, di sini hari Ahad.

Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata pembinaan setiap rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh 30 hari dengan kos RM20,000 dan ia merupakan tanggungjawab sosial korporat pelajar dan pensyarah terlibat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia Datuk Mohlis Jaafar berkata projek pembinaan rumah berkenaan, bukan sahaja memberi impak kepada Parlimen Tawau malah kepada politeknik.

“Projek ini dijalankan melalui Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) yang melibatkan kerjasama Parlimen Tawau, Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di kawasan terlibat,” katanya.

Menurut beliau, pelajar yang terlibat adalah daripada Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik Sandakan.

Beliau berkata projek berkenaan yang akan menggabungkan kepakaran pensyarah dan pelajar akan turut diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), selain meningkatkan imej institusi berkenaan.

Kini terdapat lebih 33 politeknik di seluruh negara yang melahirkan lebih 33,000 pelajar peringkat diploma dalam pelbagai bidang.

— BERNAMA

13161792_1040117979411499_4768878173303162251_o 13177196_1038944726195491_4564673597784505717_n

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan