Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar paling tinggi bimbang sukar dapat jodoh

10:47am 14/04/2016 Pak Roshan 242 views Global
RAUT bergambar bersama rakan sekolahnya.

RAUT bergambar bersama rakan sekolahnya.

Solapur (India): Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang mempunyai ketinggian 1.98 meter kini diiktiraf sebagai pelajar paling tinggi di India.

Lebih menakjubkan lagi, doktor meramalkan ketinggian Yashwant Raut akan terus bertambah dan mungkin mencecah 2.44 meter sekali gus menjadikan dia lelaki paling tinggi di dunia.

“Kepala saya sering terhantuk apabila berjalan di rumah dan di sekolah. Saya sukar masuk ke dalam kereta atau duduk di meja di kelas.

“Semuanya menjadi masalah kepada saya,” kata pelajar dari Solapur di negeri Maharashtra, barat India itu.

Raut memakai kasut saiz 15 dan kedua ibu bapanya mempunyai ketinggian yang sederhana.

Walaupun berdepan pelbagai kesukaran, tetapi apa yang paling ditakuti Raut ialah kesukaran mendapat isteri apabila dewasa kelak.

“Saya mahu gadis yang tinggi dan sesuai dengan ketinggian saya.

“Sekiranya saya tidak menemui gadis yang sesuai kemungkinan saya tidak akan berkahwin,” katanya.

Raut berkata, dia mahu mengguna kelebihannya itu untuk menjadi pemain bola keranjang satu hari nanti.

“Ketinggian adalah kekuatan diri saya dan ia mungkin menjadikan saya pemain bola keranjang yang hebat.

“Saya bercita-cita mewakili negara dalam sukan bola keranjang satu hari ini,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan