Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar OKU sertai program Dining In The Dark

5:35pm 27/04/2016 Leolerry Lajius 22 views Tempatan
Dr. Morni menyerahkan surat jemputan kepada Amar, pelajar kurang penglihatan.

Dr. Morni menyerahkan surat jemputan kepada Amar, pelajar kurang penglihatan.

KOTA KINABALU:Program Dining In The Dark anjuran Kolej SIDMA yang akan diadakan pada hari Sabtu di Padang Merdeka akan turut menampilkan Mohd. Amar Amirul Amin Mat Zin yang merupakan pelajar kurang penglihatan yang kini sedang belajar Tingkatan 2 di SMK Badin.

Mohd Amar di jemput oleh pihak Kolej untuk membuaT persembahan pada malam tersebut dimana, konsep Dining In the Dark ini diilhamkan daripada Persatuan Orang-Orang Buta Sabah dan sebahagian daripada hasil program akan disumbangkan kepada Persatuan tersebut.

Amar merupakan Johan bagi Pertandingan Nyanyian Solo Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan (2015) dan juga Naib Johan bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan   (2015) bertempat di Sabak Bernam, Selangor.

Menurut Presiden Persatuan Orang-Orang Buta Sabah, Datuk Rosalind Chew, beliau amat menghargai usaha dan niat murni Kolej SIDMA dalam menganjurkan program seumpama ini dan berharap agar kerjasama antara SIDMA dan pihak persatuan akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Semasa ditemui, Amar  amat berbesar hati atas jemputan yang diberikan oleh pihak Kolej dan beliau akan menyumbangkan dua buah lagu pada malam tersebut.

Menurut Dr Morni selaku Pengerusi Kolej SIDMA, program ini dianjurkan sempena dengan Karnival Kesihatan anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan kota Kinabalu yang akan berlangsung pada 30 April dan 1 May tahun ini.

“Program  seumpama ini merupakan kali pertama  dibuat di tempat terbuka, walaupun konsep Dining ini tidak akan diadakan dalam suasana yang gelap gelita seperti yang sering dilakukan oleh Negara-negara luar.

“Pada masa yang akan datang program Dining In the Dark akan diadakan dengan konsep yang berbeza dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Buta Sabah,” ujarnya,

Pada malam tersebut, selain Amar, terdapat persembahan-persembahan lain diantaranya adalah persembahan Solo Saxophone daripada artis tempatan iaitu, Joachim Gabin atau lebih dikenali sebagai Joe Gaban, Tarian moden ‘Krump’ daripada IDOL Zone, Kumpulan Penar iCilik daripada Tagaps Dance crew dan ramai lagi.

Ketua Eksekutif SIDMA Kolej, Azizah Khalid Merican turut menyatakan bahawa Konsep program ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk menjamu selera, beramal dan berhibur dalam satu masa.

Tambah beliau kerjasama dengan Persatuan orang-Orang Buta Sabah akan berterusan dan tidak akan habis disini sahaja.

“Beberapa aktiviti-aktiviti CSR lain telah dirancang, yang mana aktiviti–aktiviti tersebut akan dilakukan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan melibatkan staf dan pelajar Kolej SIDMA sendiri.

Orang ramai yang berminat untuk memperolehi kupon dan sekaligus menyumbang kepada Persatuan Orang-orang Buta Sabah, bolehlah menghubungi 0168024427 atau 088-732020.

Selain berhibur, terdapat menu makanan yang pelbagai antaranya adalah Satay Jawi, Makanan tradisional Sabah daripada Hinompuka Café, Nasi Katok, Nasi ayam dan juga juadah pencuci mulut seperti coconut shake, cendolwafi, pisang hijau dan banyak lagi.-/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan