Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar Malaysia Di Mesir Meninggal Setelah Kemalangan Dua Minggu Lepas

pelajar

KUALA LUMPUR:  Seorang pelajar Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai-pegwai Kedutaan kini berada di Iskandariah membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham

Kenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

“Kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah,” kata Wisma Putra.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan rakan-rakannya – semuanya pelajar Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Pelajar-pelajar itu tercampak keluar van. Lima pelajar lain cedera, dan pemandu terselamat.

Pelajar-pelajar itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab untuk pulang bercuti semestar di Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan