Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar luar negara bantu tingkat motivasi, inspirasi

Musa (lima dari kiri ) Nik Zakirah (empat dari kiri ) dan rombongan Gabungan Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bergambar kenangan di Sri Gaya. - foto ihsan JKM
Musa (lima dari kiri ) Nik Zakirah (empat dari kiri ) dan rombongan Gabungan Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bergambar kenangan di Sri Gaya. – foto ihsan JKM

KOTA KINABALU – Pelajar Malaysia di luar negara mampu menjadi contoh dan dalam masa sama berperanan sebagai inspirasi kepada rakan mereka yang menuntut dalam negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pelajar yang menuntut di luar negara seharusnya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada golongan muda sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Saya mengesyorkan kepada kepada pelajar Malaysia di luar negara, jika tidak ada rancangan semasa cuti semester, boleh kembali ke negara ini dan menganjurkan program di sekolah-sekolah,” katanya selepas menganjurkan majlis makan tengahari bersama Kelab UMNO United Kingdom (UK) di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Likas, di sini semalam.

Menurut Musa, kejayaan seseorang pelajar apabila berpeluang menimba ilmu di luar negara secara langsung dapat meningkatkan motivasi bagi mereka yang masih menuntut di sekolah menengah dan rendah untuk pergi lebih jauh.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha 40 sukarelawan dari Kelab UMNO UK yang menyertai program Chance (Charity & Care Entity dan Jelajah Sabah 2015 yang diadakan di daerah Tenom dan Papar selain program berbentuk sains iaitu Life Nation Geek Hero selama tiga hari di Sandakan.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Kelab UMNO UK, Nik Zakirah Farhanis Zakimi berkata, pengalaman mengambil bahagian dalam beberapa program sebelum ini merupakan peluang keemasan buat para sukarelawan kelab tersebut.

“Kami berterima kasih dengan sokongan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kerana membantu kami merealisasikan program ini,” ujarnya sambil menambah sepanjang menimba pengalaman di Sabah telah mengajar mereka maksud sebenar konsep 1Malaysia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan