Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar larikan kereta bersama bayi ditangkap

larikanbayi

PUCHONG : Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima disyaki membawa lari sebuah kereta Proton Gen 2 bersama seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan bayi tiga bulan di Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Puchong itu ditahan di rumahnya 2.15 pagi hari ini.

Beliau berkata penahanan suspek adalah berdasarkan maklumat orang awam dan kanak-kanak sembilan tahun yang dibawa lari semalam.

Katanya, pemeriksaan di dalam bilik mangsa menemui sebilah pisau pemotong kertas dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa dan pakaian seragam sekolah, beg sandang, dompet jenama Levi’s dan wang tunai berjumlah RM117.

Katanya, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, mangsa dan adiknya diarah turun di kawasan kilang di Taman Perindustrian Puchong selepas dilarikan sejauh hampir lima kilometer.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya itu di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun ke rumah pengasuh.

Komen


Berita Berkaitan