Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar lalai berjam-jam layari laman sosial, blog hiburan

Mohd Fadzlee (tengah) bersama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Fadzliezan Tingan dan  Pengetua SMK Menumbok, Mohd Ali Yassin dan para pelajar yang menerima sijil gradusi mereka di majlis tersebut.
Mohd Fadzlee (tengah) bersama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Fadzliezan Tingan dan Pengetua SMK Menumbok, Mohd Ali Yassin dan para pelajar yang menerima sijil gradusi mereka di majlis tersebut.

BEAUFORT – Kemajuan teknologi maklumat yang pesat berkembang maju ketika ini seharusnya digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat atau rujukan tambahan untuk pembelajaran mereka.

Walau bagaimanapun, segelintir pelajar menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk keseronokan seperti melayari laman sosial dan blog hiburan sehingga melalaikan dan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Mohd. Fadzlee Abdullah berkata, pelajar khususnya di daerah ini di minta agar lebih fokus semasa belajar dan mengurangkan masa melayari laman sosial.

“Kebanyakan pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik disebabkan mereka berjaya mendisplin diri semasa belajar selain rajin mengulangkaji di rumah dan memanafaatkan kemudahan Internet untuk memperolehi rujukan tambahan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Hari Graduasi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok, di sini hari ini.

Seramai 11 pelajar dari SMK Menumbok yang menduduki peperiksaan STPM tahun lalu diraikan pada majlis graduasi tersebut.

SMK Menumbok mencapai keputusan cemerlang dengan keputusan 100 peratus dengan Gred purata 2.58 dan menduduki tempat ke 33 daripada 55 buah sekolah di Sabah yang mencapai kejayaan seratus peratus. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan