Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar kolej sah dibunuh

KENINGAU: Polis mengesahkan seorang pelajar kolej swasta yang ditemui mati dalam sebuah tandas Pejabat Daerah Keningau adalah akibat dibunuh.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Douglas Taong berkata hasil bedah siasat mengesahkan mangsa Sairah Fitri Tifanus maut akibat dua tikaman di bahagian rusuk badan.

“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu turut menemui kesan lebam di beberapa bahagian muka dan badan mangsa selain tusukan kecil di dada kanan,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini berusaha menjejaki suspek untuk menyiasat motif pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun, beliau berkata belum ada sebarang tangkapan dibuat pada masa ini.

“Pihak polis sudah menjalankan siasatan rapi termasuk mendapatkan keterangan rakan serta ahli keluarga terdekat mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Sairah, 20, yang juga penuntut sebuah kolej swasta di Petaling Jaya, Selangor, menjalani latihan industri di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak bulan lalu. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

IMBAS... Polis mengusung mayat Sairah yang ditemui mati di tandas pejabat daerah Keningau semalam.
IMBAS… Polis mengusung mayat Sairah yang ditemui mati di tandas pejabat daerah Keningau semalam.

Komen


Berita Berkaitan