Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,682

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar Jangan Terpegaruh Gerakan Ekstrim Dan Buang Masa – Tawfiq

Majlis Graduasi Tingkatan 6 SMK Jambatan Putih Tawau disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan

Majlis Graduasi Tingkatan 6 SMK Jambatan Putih Tawau disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan

TAWAU – Golongan pelajar di negeri ini dinasihat agar tidak terpengaruh dengan gerakan bersifat ekstrim dan budaya membuang masa sehingga mengganggu fokus pembelajaran, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

“Belajar bersungguh-sungguh, jangan jadi orang yang rugi terlibat dengan perkara negatif…manfaatkan hidup dengan menjadi insan yang dapat menyumbang untuk pembangunan keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Putih di sini, hari ini.

 Seramai 65 pelajar menerima sijil masing-masing daripada Tawfiq. Pada majlis itu, Nur Ain Bahtiar dianugerahkan Tokoh Pelajar, manakala Mohd Luqman Hakim Ali menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata faktor kemiskinan bukanlah penghalang kepada seseorang pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran.

“Apa yang penting pelajar itu perlu mempersiapkan diri bersaing bukan sahaja untuk mendapatkan tempat di pusat pengajian tinggi malahan dalam dunia pekerjaan sekali,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar menjadi penyokong utama anak-anak dengan mementingkan budaya pendidikan kerana ia pelaburan jangka panjang.

 “Ibu bapa perlu mempunyai kerisauan terhadap aspek pendidikan anak-anak kerana walau harta banyak tetapi jika anak tidak dibekalkan dengan ilmu, kita risau anak ini tidak mempunyai kemampuan mengurus harta yang bakal mereka warisi,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan