Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PELAJAR IPT PERLU DIDEDAH KEPADA ISU ALAM SEKITAR

SEMPORNA: Kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar hendaklah disuntik dikalangan pelajar-palajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kaedah ini perlu bagi menerap kesedaran dan mendedahkan pelajar kepada isu-isu berkaitan alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming menyarankan agar mata pelajaran berkaitan alam sekitar diperkenalkan di peringkat IPT selama satu semester. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Hari Penyu Sedunia Kedua di Uncle’s Chang Resort di Pulau Mabul pada Rabu.

Menurut beliau, isu berkaitan alam sekitar telah diolah sebagai satu mata pelajaran wajib dan dipratik di negara luar bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan generasi muda.

Oleh itu, beliau berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membuat kajian mengenai cadangan tersebut.

pic-4

Komen


Berita Berkaitan