Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar hadapi hukuman mati

9:56am 14/06/2014 Pak Roshan 459 views Nasional

pelajar

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelajar kolej berusia 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu membunuh dan cubaan membunuh.

Bagi tuduhan pertama, pesalah juvenil terbabit didakwa menyebabkan kematian pemandu lori, P. Vijayan, 47, pada pukul 10.40 malam 2 Jun lalu di rumah No. 6, Lorong Pinggiran Alma 6, Taman Pinggiran Alma, Machang Bubuk.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, remaja terbabit didakwa cuba membunuh P. Amutha, 42, yang juga isteri kepada Vijayan pada tarikh, masa dan tempat sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Dia yang memakai kemeja T berwarna merah mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh yang diwakili peguam Dev Kumaraendran sempat menoleh ke arah galeri awam untuk melihat anggota keluarganya yang sebak selepas pertuduhan dibacakan.

Majistret Musyiri Peet menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Akhbar sebelum ini melaporkan Vijayan maut selepas beberapa hari dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat cedera parah terkena balingan molotov cocktail yang dilakukan tertuduh manakala isterinya dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan