Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar ‘duta’ kecil pengguna: Jainab

MENGGATAL: Pelajar boleh memainkan peranan sebagai ‘duta’ kecil pengguna dengan melaporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mendapati terdapat peniaga yang menaikkan harga barang jualan sewenang-wenangnya.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata langkah itu dapat membantu pihak berkuasa memantau peniaga terbabit sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat.
“Pengguna harus bijak dan faham mengenai isu kepenggunaan, sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah perlu melaporkan kepada pihak berkuasa berserta bukti kukuh termasuk resit pembayaran dan gambar premis,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Kepenggunaan dan Goods and Services Tax (GST) di Dewan SMK Bandaraya II, dekat sini Rabu lepas.
“Oleh itu saya meminta pelajar-pelajar faham dan boleh membantu kerajaan dalam isu kepenggunaan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata program yang diadakan itu dapat memberikan penjelasan lebih lanjut kepada masyarakat berhubung GST serta peranan KPDNKK. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

MESRA... Jainab beramah mesra dengan pelajar SMK Bandaraya.
MESRA… Jainab beramah mesra dengan pelajar SMK Bandaraya.

Komen


Berita Berkaitan