Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar dituduh racun rakan makmal

bunuh kawan

California: Seorang pemegang biasiswa A*Star Singapura yang menjalankan penyelidikan kanser di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) didakwa cuba meracuni rakan makmalnya menggunakan bahan toksik kimia.

Ouyang Xiangyu, 27, berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa atas empat pertuduhan meracun minuman rakan sekelasnya di Universiti Stanford, tahun lalu.

Dia dibenarkan jaminan AS$50,000 (RM190,000) namun tidak dibenarkan meninggalkan AS. Ouyang dijangka menggunakan pembelaan tidak siuman pada perbicaraannya nanti.

Ouyang didakwa mula bersikap pelik Ogos lalu apabila mensabotaj pasangan makmalnya. Sebulan kemudian, dua penyelidik wanita di makmal sama mula merasa sesuatu yang tidak kena dengan air dalam botol mereka kerana rasa terbakar di leher selepas meminumnya.

Mereka mendapati air terbabit berbau paraformaldehid iaitu bahan kimia yang digunakan untuk memelihara sampel tisu yang mudah didapati di makmal.

Ouyang yang digambarkan sebagai pendiam dan pemalu oleh rakannya mengaku menambah bahan kimia itu sekurang-kurangnnya dua botol, ketika disoal siasat polis November lalu.

Katanya, dia mengalami insomnia dan pening selain mendapatkan bantuan psikiatri. Dia menegaskan tidak berniat mencederakan sesiapa.

Sementara itu, bapanya yang ditemui di Singapura berkata, isterinya kini menjaga anak mereka itu di AS.

Dia turut menafikan anaknya mempunyai masalah kesihatan.

“Jika kami tahu mengenai perkara ini lebih awal, kami akan membawanya untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

A*Star – atau Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan – berkata, kejadian itu dilihat sebagai membimbangkan.

“Kami tidak akan mengambil sebarang tindakan sehingga prosiding selesai,” kata jurucakapnya.

Menurut undang-undang California, jika bersalah dia boleh dijatuhi hukuman dua hingga lima tahun penjara. Tiga tahun penjara akan ditambah sekiranya kes menyebabkan “masalah kesihatan atau kematian.” – Agensi

Komen


Berita Berkaitan